Monday, February 28, 2011

051 - Misteri Volkswagen Kuning

Korang pernah dengar tak pasal cerita ni. Menurut cerita yang disampaikan berkurun, bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut dan kalau dibiarkan dia berlalu, kereta tersebut akan muncul kembali memotong kenderaan. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Dengar ceritanya sama mcm kisah arnab dan kura-kura, cuma lebih mistik. Kalau korang dekat highway terserempak dgn kereta tanpa no. plet. Baca la ayat atau doa mana yg korang tau. Drive mcm biasa. Mungkin dia lalu berulang2 sampai korang keluar dari kawasannya.
Hati-hatilah.

2 comments:

  1. Mngikut cerita orang dulu2 kat kuala kangsar perak,walkswagen ni pnah wujud di terowong menora.Sesiapa yang memotongnya,pasti akan kemalangan,tak pun masuk gaung.Bila lepas kita potong kereta ni,kereta ni akan ada semula kat depan kita..mngikut pengalaman orang2 terdahulu,apabila kita memotongnya,kita akan ternampak susuk tubuh seorang lelaki alim..(pak aji)..bila di memintas kita,kepalanya tiada..kita akan terkejut dan kemalangan..i2 je yg aku tau dari bapak aku bro..

    ReplyDelete
  2. fuh! mmg menakutkan. moga2 mintak simpang dari ternampak benda tak sepatutnya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...