Monday, March 7, 2011

Rebroll - Pertama kali melihat "sesuatu"




Mungkin anda selalu dengar cerita dari kawan yg menyatakan ianya dari kawan punya kawan punya kawan. Tapi kali ini aku nak cerita sesuatu yg terjadi pada diri aku sendiri. Yep, aku yg lalui bukan aku dengar cerita.

Ceritanya berlaku tahun lepas pada pukul 3 pagi sewaktu pulang dari parti hari jadi kawan aku kat Wangsamaju. Aku memandu pulang ke Serdang melalui MRR2 berdua dgn kawan aku, tapi dia tidur di seat belakang. Pendek kata aku memandu sensorang la sepanjang perjalanan tu.

Sewaktu aku sampai di penghujung MRR2 menghala ke KESAS aku ambil pusingan kekiri untuk masuk ke lebuhraya KL-Seremban(dalam gambar), jalan tu pada waktu siang memang banyak kereta lalu, tapi pada waktu malam memang sunyi. Tapi aku tak rasa keras sangat kerana disebelah selekoh itu ada flet PPR yg memang penuh dgn orang.
Jadi aku pun masuk ke selekoh itu, pada masa itu memang kereta aku sahaja yg ada, dari jauh aku nampah satu kelibat warna putih yg kelihatan seperti signboard kat tepi jalan, tapi tiada tulisan, putih suci mcm kain baru.
Makin aku dekat dengan benda tersebut makin jelas aku nampak rupanya, ternampak ikatan pada hujung atas seperti gula-gula, dan pada sukunya terikat satu tali yg membuat ianya kelihatan seperti kepala. Jelas aku nampak kelibat itu menyerupai sesuatu yg aku selalu tengok dalam TV atau mendengar cerita. Aku tak mampu berpatah balik kerata selekoh itu sehala, jadi aku terpaksa gagahkan juga lalui selekoh itu, makin lama makin dekat dgn kelibat itu. Aku cuma bersangka baik yg ianya cuma papan tanda.
Apabila jarak kereta aku dan benda itu hanya beberapa depa, tiba2 benda itu melompat ke arah kereta. Tuhan dan kawan aku saja yg tahu betapa aku menjerit pada masa itu disamping cuba menggagahkan tangan untuk mengawal kereta dari terbabas. Kawan aku lantas terbangun dari tidur di seat belakang dan bertanya pada aku apa yg terjadi, dia sangka kereta kami menuju kemalangan. Kelibat itu dah tiada aku tinggalkan di belakang. Aku gagahkan juga memandu sehingga masuk ke persimpangan bulatan lumba kuda. Tekak perit dari jeritan tadi dan aku berkata dgn terketar2 yg aku ternampak "itu". Dia terus beristighfar dan membaca ayat Qursi, aku tak mampu berkata apa lagi, aku terlalu terkejut.
Kami terus tejaga dan berhenti di kedai mamak berdekatan untuk menenangkan fikiran dan berehat, sehingga matahari naik baru kami melanjutkan perjalanan pulang ke Serdang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...